DIGI TELECOMMUNICATIONS SDN BHD (201283-M)
Digi Telecommunications Sdn Bhd (dan Kumpulan Telenor, dimana kami merupakan sebahagian daripadanya) (dirujuk sebagai "Digi" atau "kami") komited dalam melindungi dan menghormati privasi anda.
Digi adalah penyedia perkhidmatan sambungan mudah alih dan Internet. Pejabat kami terletak di Lot 10, Jalan Delima 1/1, Subang Hi-Tech Industrial Park, 40000 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Notis Privasi ini menjelaskan perkara berkaitan dengan cara kami mengumpul, menggunakan, memproses dan menyimpan maklumat peribadi anda apabila anda melanggan mana-mana produk dan perkhidmatan kami, termasuk rangkaian telekomunikasi, aplikasi, perkhidmatan dan penyelesaian digital atau melawat mana-mana cawangan pejabat atau Digi Store kami, dan mana-mana laman web kami (secara kolektif dirujuk sebagai "Perkhidmatan"). Sila baca Notis ini bersama dengan Terma Perkhidmatan bagi perkhidmatan yang anda gunakan, yang mungkin tertakluk kepada syarat tambahan bagi perkhidmatan tertentu ke atas maklumat peribadi yang dikumpulkan daripada anda dan aktiviti pemprosesan yang berkaitan.
Kami telah meringkaskan Notis Privasi ke dalam infografik yang singkat. Klik sini untuk maklumat lanjut.
Digi akan memproses data peribadi anda berdasarkan:
2.1 Perlaksanaan kontrak anda dan bertindak atas permintaan anda. Contohnya, membolehkan anda membuat panggilan dan menghantar teks, melayari internet di telefon anda dan membolehkan kami menjana bil berdasarkan penggunaan anda.
2.2 Kepentingan perniagaan yang sah, sebagai contoh, pencegahan penipuan, menjaga keselamatan rangkaian dan perkhidmatan kami, pemasaran langsung dan peningkatan dalam perkhidmatan kami. Setiap kali kami merujuk pada asas kesahihan ini untuk memproses data anda, kami menilai kepentingan perniagaan kami untuk memastikan semua perkara tidak melanggar hak anda. Untuk maklumat lanjut tentang hak anda, sila layari bahagian 'Apakah Hak Anda?' di bawah.
2.3 Pematuhan kepada undang-undang mandatori, termasuk keperluan perakaunan dan cukai, dan apa-apa permintaan yang sah daripada pegawai kerajaan atau penguatkuasa undang-undang yang tertakluk pada polisi dalaman yang ketat (seperti tempoh pengekalan) dan prosedur.
2.4 Persetujuan yang anda berikan di mana Digi tidak bergantung kepada asas perundangan yang lain. Apabila anda memberikan persetujuan anda, anda boleh menarik balik pada bila-bila masa. Untuk maklumat lanjut tentang hak anda, sila layari bahagian 'Apakah Hak Anda?' di bawah.
Kami mengumpul maklumat peribadi anda dalam tiga cara:
3.1 Maklumat yang anda berikan kepada kami
3.2. Maklumat yang kami kumpulkan secara automatik
3.3. Maklumat daripada sumber lain
Jenis maklumat yang kami kumpul bergantung pada penggunaan perkhidmatan kami dan cara anda berhubung dengan kami. Perkara ini termasuk:
4.1.Cara berhubung, bil dan maklumat lain yang anda berikan.
Antaranya termasuk:
4.2. Bagaimana anda menggunakan perkhidmatan kami dan peranti anda.
Perkara ini termasuk:
4.3. Bagaimana anda menggunakan laman web dan aplikasi kami
4.4. Lokasi peranti tanpa wayar anda
Maklumat ini tepat kerana menggunakan data Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) atau apabila peranti anda berkomunikasi dengan menara sel, penghala Wi-Fi atau titik akses dan/atau dengan teknologi lain, termasuk satelit dan maklumat lokasi lain. Kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda dan/atau memberi perkhidmatan kami atas sebab-sebab seperti:
Perkhidmatan dalam talian kami mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga, atau akses pada perkhidmatan daripada pihak ketiga (seperti rangkaian sosial atau perkhidmatan VoIP). Kami tidak mempunyai kawalan terhadap bagaimana laman web dan perkhidmatan daripada pihak ketiga memproses maklumat peribadi anda dan kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi mereka. Sila baca notis privasi mana-mana laman web atau perkhidmatan daripada pihak ketiga yang anda akses dari laman web atau perkhidmatan kami.
Digi boleh menggunakan dan memproses maklumat peribadi anda untuk tujuan berikut:
5.1. Untuk memberi anda perkhidmatan kami
5.1.1. Memproses permohonan dan memberi anda Perkhidmatan kami.
5.1.2. Pengebilan dan perkhidmatan pelanggan
5.1.3. Perkhidmatan mesej
5.1.4. Perkhidmatan perayauan
5.2. Untuk mengurus dan meningkatkan perkhidmatan kami
5.2.1. Untuk menguruskan jumlah panggilan, teks, sistem pencarisilapan (troubleshooting) dan kegunaan lain dalam perkhidmatan kami untuk pengalaman pelanggan yang lebih baik.
5.2.2. Untuk membangunkan perkhidmatan yang lebih menarik dan relevan, termasuk melaksanakan tetapan kawalan ibu bapa.
5.3. Untuk menghantar material pemasaran dan memperibadikan perkhidmatan kami kepada anda
5.3.1. Pemasaran
5.3.2. Pengiklanan dalam talian
5.4 Menjalankan penyelidikan dan analitis
5.4.1. Untuk menjalankan penyelidikan, memantau dan menganalisis penggunaan pelanggan terhadap Perkhidmatan kami secara anonim atau peribadi, dalam mengenal pasti trend umum, menjalankan penyelidikan atau tinjauan pasaran, analisis pemasaran dalaman, kumpulan pelanggan, membangunkan Perkhidmatan baharu dan meningkatkan pemahaman kami tentang corak, tingkah laku serta pilihan pelanggan.
5.4.2. Untuk membuat statistik agregat mengenai jualan, trafik rangkaian pelanggan, corak lokasi dan demografi pelanggan kami. Statistik agregat tersebut tidak termasuk maklumat yang secara peribadi boleh mengenal pasti anda.
5.5. Melakukan pemeriksaan kredit, pencegahan penipuan dan langkah-langkah keselamatan
5.5.1. Pemeriksaan kredit
5.5.2. Pencegahan penipuan dan keselamatan
Kami menggunakan rakan kongsi dan penyedia perkhidmatan untuk pelbagai tujuan perniagaan. Dalam kes sedemikian, jika berkenaan, kami berkongsi maklumat mengenai anda bersama:
6.1. Afiliasi: Kami berkongsi maklumat peribadi anda dengan Kumpulan Telenor untuk aktiviti pemprosesan yang disenaraikan dalam bahagian ‘Bagaimana Kami Mengunakannya’ di atas.
6.2. Rakan Perayauan: Kami berkongsi maklumat peribadi anda dengan rakan perayauan apabila anda memilih untuk membuat perayauan menggunakan rangkaian tempatan atau luar, demi memudahkan atau memperluaskan perkhidmatan kami supaya kami dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda.
6.3. Pemproses Data: Kami menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk memproses maklumat peribadi anda bagi pihak kami dan atas arahan kami.
6.4. Rakan Kongsi Perniagaan: Kami bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memberikan perkhidmatan yang anda langgan, termasuk pembangunan perkhidmatan dan penghantaran pakej bagi pihak kami.
6.5. Penyedia Perkhidmatan: Kami berkongsi maklumat anda kepada pembekal perkhidmatan seperti rangkaian sosial atau VoIP yang anda pilih untuk dihubungkan dengan perkhidmatan kami, sehingga membolehkan anda menggunakan perkhidmatan yang dilanggan.
6.6. Rakan Pemasaran: Kami berkongsi maklumat anda dengan rakan pemasaran dan pengiklanan untuk membawakan kandungan yang bersesuaian dan perkhidmatan yang lebih baik buat anda.
6.7. Penyelidik: Kami berkongsi maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan penyelidikan atau analitis statistik dalam membantu kami memahami cara anda menggunakan perkhidmatan kami.
6.8. Penasihat Profesional: Kami menggunakan perkhidmatan penasihat profesional mengenai perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan kami, termasuk agensi kutipan hutang, agensi laporan kredit, penasihat undang-undang, akauntan dan juruaudit.
6.9. Pengurusan Penipuan: Kami akan memberikan maklumat jika tindakan tersebut munasabah untuk tujuan melindungi kami daripada penipuan, mempertahankan hak atau harta kami, atau melindungi kepentingan pelanggan kami.
6.10. Penguatkuasaan Undang-undang: Kami juga mungkin perlu memberikan maklumat anda dalam mematuhi perundangan dan memenuhi tuntutan undang-undang pihak berkuasa. Data peribadi anda hanya akan diberikan bagi tujuan yang sah; iaitu apabila kami diwajibkan untuk berbuat demikian, berdasarkan undang-undang dan menuruti penilaian menyeluruh terhadap semua keperluan undang-undang.
6.11. Organisasi lain: Jika syarikat kami mengalami rombakan atau dijual kepada organisasi lain, kami akan memberikan maklumat anda kepada organisasi tersebut.
Jika anda membeli produk atau perkhidmatan pihak ketiga melalui akaun Digi anda, kontrak anda adalah bersama dengan pihak yang menjual produk atau perkhidmatan tersebut. Sebagai sebahagian daripada urusan ini, anda bersetuju bahawa Digi boleh memberi maklumat peribadi yang tertentu (sebagai contoh, untuk mengesahkan nombor telefon bimbit anda) kepada pihak-pihak tersebut untuk melengkapkan pembelian anda. Terma dan syarat, notis privasi dan kuki daripada pihak tersebut akan diaplikasi dalam cara penggunaan maklumat peribadi anda. Oleh itu, sila baca dengan teliti.
Apabila kami berkongsi maklumat peribadi anda, kami akan memastikan penerima akan melindungi privasi anda, menyimpan maklumat peribadi anda dengan selamat serta memprosesnya mengikut undang-undang dan notis privasi ini.
Kami tidak akan menjual maklumat peribadi anda yang kami proses kepada pihak ketiga tanpa persetujuan anda.
Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda selagi perlu bagi tujuan yang kami kumpulkan dan memprosesnya, kecuali apabila tempoh penyimpanan yang lebih panjang diperlukan oleh undang-undang Malaysia. Maklumat anda akan dipadamkan mengikut Jadual Pengekalan kami di bawah.
Kami mempunyai pasukan keselamatan yang sentiasa mengkaji semula dan memperbaiki langkah keselamatan untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau tidak disengajakan, pengubahan atau pelupusan.
Apabila anda log masuk ke akaun anda untuk menggunakan perkhidmatan kami dengan menggunakan nombor telefon atau nama pengguna dan kata laluan anda, maklumat peribadi anda tidak didedahkan dan kekal sulit apabila maklumat tersebut dihantar melalui Internet.
Laman web kami mempunyai pautan ke laman web pihak ketiga. Kami tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kandungan laman web pihak ketiga tersebut. Pastikan anda membaca notis privasi dan kuki organisasi tersebut sebelum menggunakan atau memberi maklumat peribadi anda di laman web mereka.
Anda mempunyai hak terhadap maklumat peribadi anda yang diberikan kepada kami. Hak privasi anda termasuk:
10.1. Hak untuk menarik balik persetujuan: Anda mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan yang anda berikan kepada kami untuk menggunakan, memproses atau berkongsi maklumat peribadi anda dengan menghubungi kami atau berurusan di Digi Store pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, menarik balik persetujuan yang telah dilakukan akan menyebabkan kami tidak dapat memproses permohonan anda dan/atau memberikan anda Perkhidmatan kami.
10.2. Hak untuk mengakses maklumat anda: Anda boleh meminta salinan maklumat peribadi yang kami ada tentang anda dengan menghubungi kami atau mengakses maklumat tersebut secara terus melalui akaun anda di laman web Digi kami pada bila-bila masa.
10.3. Hak untuk membetulkan data peribadi: Anda boleh meminta untuk membetulkan atau mengubah maklumat peribadi anda yang tidak tepat dengan melakukannya di Digi Store atau melalui akaun anda di laman web Digi kami.
10.4. Hak untuk menghalang pemprosesan:
10.4.1. Anda boleh meminta kami untuk menggantung sementara aktiviti pemprosesan maklumat peribadi anda apabila anda mempunyai kebimbangan terhadap ketepatan, legitimasi dan undang-undang dalam pemprosesan. Semasa tempoh penggantungan sementara, kami tidak dapat memproses permohonan anda dan/atau memberi anda perkhidmatan kami.
10.4.2. Anda boleh meminta supaya kami menghentikan aktiviti pemprosesan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran. Jika anda tidak lagi mahu menerima kandungan mesej yang diperibadikan dan pemasaran daripada Digi, anda boleh memilih untuk memilih keluar pada bila-bila masa.
Sila ambil perhatian: Anda akan masih menerima mesej pemasaran untuk tempoh yang singkat selepas memilih keluar buat sementara waktu sehingga kami mengemas kini rekod kami.
10.4.3. Anda boleh meminta supaya kami berhenti atau tidak memproses maklumat peribadi anda jika pemprosesan tersebut menyebabkan atau mungkin menyebabkan kerosakan atau tekanan yang tidak wajar kepada anda. Jika anda melakukan pilihan ini, kami tidak akan dapat memproses permohonan anda dan/atau memberikan perkhidmatan kepada anda.
Untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda dalam simpanan kami adalah betul dan terkini, kami mungkin dari semasa ke semasa menghubungi anda untuk mengesahkan ketepatan maklumat peribadi anda dalam rekod kami. Walau bagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan anda memberikan maklumat yang benar, tepat dan lengkap.
Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun boleh melanggan Perkhidmatan tertentu kami. Ini tertakluk kepada persetujuan ibu bapa, dan maklumat peribadi mereka akan diproses menurut Notis Privasi ini.
Apabila perkhidmatan yang dibeli untuk kegunaan keluarga digunakan oleh kanak-kanak bawah umur tanpa pengetahuan Digi, apa-apa maklumat yang dikumpulkan daripada penggunaan tersebut akan menjadi maklumat peribadi pelanggan dewasa dan digunakan sebagaimana di bawah Notis Privasi ini.
Kami menggalakkan anda untuk bersama anak-anak anda semasa mereka menggunakan Internet dan pada masa yang sama, memantau aktiviti dalam talian mereka.
Digi berhak untuk meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa berdasarkan perubahan dalam keperluan perniagaan, perundangan dan penguatkuasaan serta undang-undang yang terpakai. Kami menggalakkan anda untuk menyemak semula notis ini secara berkala, supaya anda dapat maklumat mengenai sebarang perubahan yang dibuat dengan memeriksa tarikh kuatkuasa di bawah.
Sekiranya kami membuat keputusan untuk menggunakan atau mendedahkan maklumat yang mengenal pasti anda secara peribadi dengan cara yang berbeza daripada apa yang kami nyatakan dalam Notis Privasi ini pada masa kami mengumpul maklumat daripada anda, kami akan memberi anda pilihan mengenai penggunaan atau pendedahan baharu dengan cara yang sesuai, yang mungkin termasuk pilihan untuk memilih keluar.
Dikemaskini pada 16 March 2020
Selaras dengan keperluan undang-undang perlindungan data dan privasi Malaysia, Notis Privasi ini tersedia dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak konsisten atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, perhatian atau aduan berhubung dengan Notis Privasi ini, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami melalui: